Malaysia

[THE WASH PROJECT : UPDATE 10] Recycle Progression

Setelah kami berjaya mengumpul barang kitar semula, kami membuat keputusan untuk menjual barangan kitar semula tersebut.
Dengan bantuan guru-guru pengiring yang merupakan guru-guru penasihat Badan Pengakap SMK Paya Besar, kami telah pergi ke pusat kitar semula dan menjual barangan-barangan tersebut. Barangan kitar semula yang berjaya kami kumpul memenuhi hampir 3 buah kereta.
Barangan yang kami berjaya jual termasuklah surat khabar lama, buku-buku tulis lama, botol mineral dan tin-tin aluminium.
Dengan menjalankan kitar semula, selain dapat mengumpul dana, kami juga dapat menggalakkan rakan-rakan lain untuk bersama menjaga alam sekitar.
Number of participants
11
Service hours
44
Beneficiaries
25
Location
Malaysia
Topics
Health lifestyles
Healthy Planet
Humanitarian action
Initiatives
Environment and Sustainability
Peace and Community Engagement

Share via

Share