[THE WASH PROJECT : UPDATE 1] Team Build and Discussion
Malaysia

[THE WASH PROJECT : UPDATE 1] Team Build and Discussion

Nama Kumpulan : Young Griffin's.

Program : First meeting and discusssion Scout World Award.

Tarikh: 25/6/18

Masa : 8am-5pm

Tempat: SMK Paya Besar, Kuantan.

Peserta: 11 Ahli

Setelah menghadiri kursus"Scout of the World Award Discovery" pada 22-24 Jun 201, seramai 11 orang ahli pengakap, iaitu 6 orang ahli Pengakap Kelana udara G Kuantan, 3 pengakap dari SMK Paya Besar dan 2 ahli pengakap dari SMK Sungai Soi telah mengadakan satu perjumpaan dan perbincangan bagi menubuhkan sebuah kumpulan bagi memenuhi syarat untuk menjalankan projek Scout World Award. Dari perbincangan tersebut kami telah bersetuju menubuhkan sebuah kumpulan yang terdiri dari 11 orang ahli iaitu 6 ahli pengkap kelana dan 5 ahli pengakap remaja. Semasa perbincangan tersebut kami membentangkan idea dan mengusulkan cadangan bagi mendapatkan tajuk serta idea projek SWA yang bakal kami laksanakan. Pelbagai idea yang dibentangkan oleh ahli kumpulan lain telah diambil perhatian dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat kumpulan yang seterusnya.

Number of participants
11
Service hours
66
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share