[THE WASH PROJECT : UPDATE 1] Team Up and Lets Work
Malaysia

[THE WASH PROJECT : UPDATE 1] Team Up and Lets Work

Nama kumpulan : Young Griffin’s Program : First Meeting SWA Tarikh : 25/6/18 Masa : 8am - 5pm Tempat : SMK, Paya Besar, Kuantan Peserta : 11 Selepas tamat Kursus Discovery : Scout of The World Award pada 22-24 Jun 2018, kami ahli daripada 6 pengakap kelana udara G Kuantan, 2 pengakap SMK Sungai Soi dan 3 ahli pengakap SMK Paya Besar telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bagi menubuhkan satu kumpulan bagi memenuhi syarat menjalankan projek SWA. #SWAward # SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT Dalam perbincangan tersebut, kami telah memutuskan untuk membina sebuah kumpulan yang terdiri daripada 11 orang ahli. 6 ahli pengakap kelana dan 5 ahli pengakap remaja. Sesi pembentangan idea atau brain storming telah berlangsung bagi mendapatkan tajuk/idea projek SWA yang akan kami laksanakan. Pelbagai idea yang dikongsi bersama ahli kumpulan lain telah diambil perhatian dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat kumpulan seterusnya.
Number of participants
11
Service hours
66
Location
Malaysia
Topics
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share