[THE WASH PROJECT : FIRST MEETING] LET'S START!

[THE WASH PROJECT : FIRST MEETING] LET'S START!

Sebaik sahaja selesai kursus SWA iaitu Scout World Award yang telah diadakan di Kuantan pada 22-24 Jun 2018,kami telah mengadakan satu perjumpaan pada 25 Jun 2018 untuk berbincang berkenaan dengan projek swa. Perjumpaan ini dijalankan selama 10 jam iaitu pada pukul 8am-5pm bertempat di Kantin SMK PAYA BESAR , KUANTAN. Perjumpaan ini telah dihadiri seramai 11 orang ahli iaitu terdiri daripada 6 orang ahli pengakap kelana G udara, 2 orang ahli pengakap SMK SUNGAI SOI serta 3 orang ahli pengakap SMK PAYA BESAR. Dalam perbincangan tersebut,setiap ahli telah membentangkan idea dan pendapat masing-masing dan kami sebulat suara telah memutuskan untuk menjalankan satu projek yang akan memberikan kemudahan kepada masyarakat. Selain itu, dengan perjumpaan ini juga kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Saya berharap agar kami semua dapat memberikan kerjasama dengan baik dalam menjalankan projek ini. Pemilihan tajuk dan idea akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.
Number of participants
11
Service hours
33
Location
Malaysia
Topics
Partnerships
Youth Engagement
Communications and Scouting Profile
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share