Warna warni senyuman
Profile picture for user Nor Hasniza_1
Malaysia

Warna warni senyuman

Pada 18 March 2018, Persatuan Engenius Kuantan telah mengadakan " The IIUM Colour Run " bersempena dengan Engenius Open Day. Larian ini diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan, Pahang. Program ini telah disertai kira kira 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar asasi UIAM. Program ini bermula jam 8 pagi dan berakhir kira kira 12 tengahari. Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai otak yang cerdas bahkan mempunyai badan yang cergas. Program ini bahkan bertujuan untuk menghilangkan tekanan dalam kalangan pelajar. Warna warni senyuman. Itulah yang dapat disimpulkan apabila para pelajar tidak berhenti senyum kegembiraan sepanjang program ini berlangsung ditemani dengan pelbagai serbuk pewarna yang berwarna warni. Hasil keuntungan melalui program ini telah disumbangkan kepada Rumah Anak Anak Yatim dan Fakir Miskin ( PERMATA INSYIRAH ).
Number of participants
200
Service hours
1200
Location
Malaysia

Share via

Share