Profile picture for user aisyah syah_1_1
Malaysia

UPDATE 4:Let's Work It Out and Typing on the Paper

Kertas kerja merupakan antara perkara asas dan ciri penting dalam menjalankan sesebuah projek. Tujuan adanya kertas kerja adalah untuk meyakinkan kepada para penilai/pelabur tentang gambaran dan konsep yang akan dibawakan.
Setelah membuat perjumpaan kedua, kertas kerja dengan kandungan maklumat yang lebih terperinci mulai dirangka.Selain itu, kertas kerja bagi memohon sumbangan/sponsor dan surat menyurat juga telah dilaksanakan. Sponsor/sumbangan ialah salah satu alternatif mendapatkan sumner kewangan dan merupakan fokus utama kami dalam pemilihan sumbangan. Selain sponsors/sumbangan, alternatif lain seperti seperti menjual barangan terpakai dan kitar semula.
Disebabkan, ada diantara ahli kami merupakan pengakap remaja maka persetujuan daripada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang amat diperlukan. Ini perlu dititikberatkan kerana mereka masih lagi di bawah umur 18 tahun. Makluman awal juga diberikan kepada ibu bapa penjaga mereka bagi mengelakkan salah faham daripada berlaku.
Hasil dari perjumpaan kali ini, rangka kertas kerja telah dibentuk dan perbincangan pembahgaian tugas untuk setiap ahli kumpulan telah dibahagikan serta langkah-langkah keselamatan untuk ahli lain juga dititikberatkan.
Number of participants
11
Service hours
44
Beneficiaries
11
Location
Malaysia
Topics
Partnerships
Personal safety
Youth Engagement
Initiatives
Health and Wellbeing

Share via

Share