UPDATE 3: Let's Brainstorming & Give Out the Task
Setelah memilih projek SWA yang sesuai dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan SWA, kami telah mengadakan pperjumpaan terakhir. Bagi mencapai objektif projek, kami telah merangka kertas kerja projek, merangka belanjawan kasar, mereka serta memilih pelan bangunan yang sesuai serta murah dan pada masa yang sama memiliki kualiti yang tinggi.
Pemilihan pelan bangunan yang sesuai amat penting kerana ia juga akan memberi impak kepada belanjawan kami. Akhirnya, kami telah bersetuju memilih satu pelan bangunan yang sesuai serta rekaan yang mudah dan sesuai dengan belanjawan kami. Seterusnya, kami membuat rangka belanjawan kasar bagi melihat gambaran kos projek. Semasa proses pembentangan kos projek, berlaku sedikit masalah kerana projek yang bakal dijalankan memakan jumlah kos yang agak tinggi dan mustahil untuk dicapai.
Setelah membuat perbincangan semula dan membuat pembaharuan idea, kos projek yang tinggi tadi dapat dikurangkan.
Hasil dari perjumpaan mesyuarat ketiga, akhirnya kami berjaya menemui jalan penyelesaian untuk bagi mengurangkan kos projek dan memilih rangka projek yang sesuai.