UPDATE 10 :Meeting Again !
Bagi memudahkan kami berkomunikasi dan pelancaran tindakan projek kami seterusnya, kami mengadakan panggilan atas talian untuk mengadakan mesyuarat.
Pada kali ini saya mengadakan video conference secara atas talian menggunakan aplikasi Skype bersama ahli lain. Kami mengadakan mesyuarat atas talian bagi membincangkan berkenaan sumbangan dan tajaan yang sama-sama kami jalankan untuk medapatkan sumber kewangan bagi projek kami. Kami membentangkan hasil sumbangan peribadi kami dalam mesyuarat atas talian tersebut.
Segala hasil sumbangan dan tajaan akan di bank-in kepada bendahari projek untuk diuruskan bagi menampung segala kos pembelanjaan projek kami.
Hasil dari video conference tersebut, kami dapat mengumpulkan jumlah dana yang berjaya dikumpulkan dan berkongsi maklumat terkini tentang perkembangan projek.