University Community Engagement (UCE) IDOLA UNIVERSITI
Malaysia

University Community Engagement (UCE) IDOLA UNIVERSITI

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin (KLKM UniSZA) sekali lagi telah berjaya menjalankan sebuah program khidmat komuniti kepada masyarakat luar bandar pada Oktober 2014 yang lalu. Program berbentuk khidmat komuniti atau Program University Community Engagement (UCE). Program Idola ini akan memberi peluang kepada anak-anak penduduk luar banda di Kg. Lembah Bidong, Merang, Setiu untuk mempunyai idola di kalangan ahli kelab KLKM UniSZA yang juga pelajar universiti. Peserta akan melalui pengalaman/ kehidupan seorang mahasiswa/ mahasiswi di universiti. Ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan visual dan emosi, bayangan yang membangkitkan semangat dan perasaan untuk cemerlang dalam pelajaran dan menjadi mahasiswa/ mahasiswi universiti satu hari nanti. Program ini telah dijalankan atas keperihatinan KLKM UniSZA mengenai kepentingan ibadah solat pelajar luar bandar. Pengisian program pada kali ini ialah Smart Solat. Program ini diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), UniSZA dan Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong. Program ini diadakan di Surau Ar-Raudhah Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Tembila, Terengganu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah , slot mengenai 13 rukun solat dan cara berwudu’ dengan betul, slot bacaan Surah Al-Fatihah dan surah-surah lazim dengan betul, slot hafazan qunut dan bacaan tahiyat . Kebanyakan murid-murid dapat membaca dengan baik dan ada yang sebaliknya . Pada permulaan program, mereka telah dibahagikan kepda beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan dikendalikan oleh 2-3 orang fasilitator yang terdiri dari ahli KLKM UniSZA sendiri dan AJK Surau Ar-Raudah. Setiap murid dan fasilitator diberikan modul solat Upin dan Upin sebagai bahan rujukan . Surau Ar-Raudah UniSZA, Kampus Tembila merupakan surau induk bagi kampus Tembila . Dengan keluasan yang selesa, program berjalan dengan lancar . Setiap kumpulan yang dibahagikan dapat mengikuti aktiviti dengan baik . Selain itu, murid-murid ini juga telah memperdengarkan bacaan-bacaan hafazan mengikut modul yang diberi secara individu menghadap fasilitator kumpulan masing-masing . Pengerusi Surau Ar-Raudah, Amirul Firdaus Bin Azhar yang telah secara sukarelanya menjadi fasilitator sangat menyokong program-program ini dijalankan . Pendedahan awal sangat penting supaya murid-murid ini dapat melakukan ibadah dengan sempurna . Puan Sajulia Ahmad selaku Pesuruhjaya KLKM UniSZA di akhir ucapannya, mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program tersebut. Modul solat Upin Ipin dibekalkan kepada murid-murid sebagai sumbangan dari pihak UniSZA kepada mereka . Ini supaya murid-murid Sekolah Lembah Bidong dapat menjadikan modul tersebut sebagai bimbingan untuk bersolat . Program ini telah mencapai objektif kerana murid-murid tersebut dapat membaca dan menghafaz bacaan-bacaan dalam solat . Di penghujung program, hadiah telah diberikan kepada pelajar yang baik hafazannya mengikut markah yang diberikan oleh fasilitator kumpulan masing-masing . Pihak KLKM UniSZA mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPM dan HEPA UniSZA yang telah memberikan dana dan sokongan untuk program ini. Diharapkan supaya program-program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan .
Started Ended
Number of participants
45
Service hours
16
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
SDGS

Share via

Share