
Ujian Pra Penarafan Pengakap Raja (Ujian Sikap) Negeri Pahang
Perkhemahan Pra Penarafan (Ujian Sikap) Pengakap Raja telah diadakan pada 6 hingga 8 hb Disember 2016, bertempat di SK Gali, Raub, Pahang. Antara ujian yang dijalankan ialah Temuduga A, Perkhemahan Individu, Pondok Bivouvac dan lain-lain. Ujian ini telah dihadiri oleh 28 orang calon pengakap raja dan telah dianugerah rambu cemerlang pengakap remaja.