Profile picture for user abid_danial
Malaysia

THANK YOU FRONTLINER 1 MALAYSIA

Program 'Thank You Frontliner 1 Malaysia' Tahun 2021 merupakan satu program kebajikan yang diadakan untuk barisan hadapan. Program ini diadakan bagi menyantuni barisan hadapan yang banyak berjasa di era pandemik sekarang ini. Program ini juga dapat memberi fokus kepada ahli Pengakap Kelana Daerah Bayan Lepas untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Sekretariat Pengakap Kelana Daerah (SPKD) Bayan Lepas dan Pasukan Pengakap Kelana 'H' Hedgehog Rovers mensasarkan sebanyak 3 buah lokasi iaitu Balai Bomba Bayan Baru, Balai Polis Bayan Baru dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bayan Lepas. Program 'Thank You Frontliner 1 Malaysia' Tahun 2021 ini akan berlangsung selama 1 hari dan sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan yang ditaja oleh Penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana 'H' Hedgehog Rovers.
3 balai telah diberi bantuan iaitu dalam kira-kira seramai 10 orang anggota di setiap balai yang bertugas ketika itu. Anggota 'frontliner' berasa gembira di atas penyampaian makanan ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertugas.
Program menghargai 'frontliner' seperti ini perlu lebih kerap diadakan supaya anggota-anggota yang menjaga keselamatan ini lebih dihargai.
Number of participants
8
Service hours
48
Beneficiaries
30
Location
Malaysia
Topics
Civic engagement
Humanitarian action
Youth Programme
Initiatives
Peace and Community Engagement

Share via

Share