TEMUDUGA PENGAKAP RAJA SESI 2017

TEMUDUGA PENGAKAP RAJA SESI 2017

Temuduga Pengakap Raja bagi sesi 2017 adalah satu perjumpaan dimana calon-calon pengakap raja negeri Perak sesi 2017 perlu menjalani ujian akhir sebelum menggengam gelaran Pengakap Raja. Calon-calon seramai lebih kurang 135 orang terdiri daripada seluruh daerah di Perak berkumpul menjalani temuduga akhir mereka di SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JAYA IPOH. Temuduga ini berdasarkan pengetahuan asas berkenaan dengan pengakap samada sejarah penubuhan, jawatankuasa tertinggi di dalam pengakap, undang-undang dan banyak lagi. Peserta perlu menjalani temuduga secara individu bersama dengan penguji yang ditetapkan. Ia memerlukan penguasaan dalam pertuturan, kekemasan peribadi, dan pengetahuan berpengakap. 

Saya dan sahabat seperjuangan telah menghadiri temuduga tersebut pada sesi 1 iaitu di sebelah pagi. Memandangkan kami dari sekolah berasrama penuh, kami menaiki kereta bersama guru pengiring kami ke tempat kejadian. Alhamdulillah, perjalanan kami berjalan dengan lancar sehinggalah kami selesai menjalani temuduga tersebut. Seusai temuduga kami bergambar beramai-ramai di dataran sekolah sebagai tanda kenang-kenangan sebelum pulang ke sekolah.

Number of participants
135
Service hours
5
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share