TAKLIMAT TEORI SCOUTS GO SOLAR UTHM
Pada 7 & 8 Mei 2021 yang lalu, KLKM UTHM telah mengadakan program Taklimat Teori "Scouts Go Solar" yang berlangsung di platform Google Meet bermula pada pukul 8.45 am sehingga 12.00 pm. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberikan pendedahan dan kemahiran kepada setiap ahli KLKM UTHM untuk menjalani kehidupan dengan menggunakan tenaga yang diperbaharui daripada sumber matahari iaitu tenaga solar.
Taklimat meliputi silibus Tema 1 - Tema 4 iaitu:
Tema 1: Matahari Adalah Sumber Kehidupan
Tema 2: Impak Cahaya Matahari
Tema 3: Kegunaan Solar
Tema 4: "Go Solar"