TAKLIMAT TEORI SCOUTS GO SOLAR UTHM

TAKLIMAT TEORI SCOUTS GO SOLAR UTHM

Bagi menambah kefahaman bagaimana tenaga Solar berfungsi dalam kehidupan seharian Pihak Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysian UTHM telah menjemput beberapa panel jemputan yang tediri daripada tenaga mahir dalam bidang tenaga solar dengan mengadakan program “Taklimat Teori Scout Go Solar yang berlansung selama dua hari bermula dari  7 Mei 2021 sehingga 8 Mei 2021 yang dibuat secara online melalui medium Google Meet selama 3 jam setiap sesi. Saya bersama rakan KLKM UTHM telah diberi pendedahan dan kemahiran dalam pengunaan tenaga tenaga solar yang bersumberkan matahari. Pendedahan yang diberi telah dibahagikan kepada 4 tema iatu tema 1 “Matahari adalah Sumber Kehidupan” oleh panel jemputan PN.Alnor Binti Ahmad Nasir dan Tema 2 “Impak Cahaya Matahari” oleh panel jemputan EN. Zahari Hamzah pada sesi pertama. Manakala hari seterunya disambung dengan tema 3 “Kegunaan Tenaga Solar” oleh Puan Hasnina Binti Haji ABD Rahman dan tema 4 “Matahari adalah sumber kehidupan” oleh Prof. Madya Ts. Dr HJ. Mustafa Bin HJ Ibrahim.



Bertarikh 7 Mei 2021, sesi pertama telah dijalankan dari jam 9 pagi sehinggan 12 tenghari dengan panel jemputan dan  bersama 21 orang peserta dari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UTHM. Program dimulai dengan bacaan doa oleh peserta dan seterusnya program diteruskan dengan taklimat oleh Puan Alnor yang dijemput dari kumpulan latihan kelanasiswa Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah bagi menerangkan tema 1 iatu Tenaga suria atau tenaga solar yang merupakan  teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari. Banyak teknologi telah dikembangkan untuk menggunakan sinaran suria. Kami juga diberitahu bahawa sesetengah teknologi ini memberikan kegunaan pemanasan dan menghasilkan elektrik Contoh teknologi juga telah ditunjukkan bagi mengelakkan para peserta menerapkan pengunaan tenaga solar di rumah. Bagi menguatkan daya kefahaman para peserta panel telah memberi beberapa latihan untuk disiapkan dengan menceritakan bagaimana jam matahari berfungsi dan menjawab dengan menuliskan mengikut langkah yang betul. Setelah tamat taklimat bersama Puan Alnor, program diteruskan dengan panel seterusnya  EN. Zahari Hamzah yang juga dari kumpulan latihan kelanasiswa Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah bagi menerangkan tema 2 Impak Cahaya Matahari yang memberi kebaikan kepada kesihatan dan alam sekitar. Pendedahan mengenai kesan rumah hijau telah diberitahu bagi mengurangkan pengunaan elektrik di rumah yang telah memberi impak kepada lapisan ozon yang kian menipis. Selain itu, contoh-contoh peralatan yang memberi kesan juga telah diberitahu dan negara-negara yang terlibat dalam melaksanakan rumah hijau bagi menyelamatkan lapisan ozon dan kepanasa yang melampau terhadap bumi. Tambahan lagi kami juga diberi pendedahan mengenai tanggunjawab setiap induvidu dalam mengalakkan pengunaan cahaya matahari dengan menggelakkan kemusnahan alam sekitar.Program pada hari pertama telah tamat dengan jayanya dan sesi bergambar dan ucapan terima kasih bersama panel jemputan juga dilakukan.



Keesokan harinya, slot taklimat diteruskan lagi pada 8 Mei 2021 dengan waktu yang sama 9 pagi sehingga 12 tenghari. Slot pertama dimulai dengan taklimat teori mengenai Tema 3 iaitu Kegunaan Tenaga Solar yang  telah disampaikan oleh Puan Hasnina Binti Abd Rahman yang merupakan kumpulan latihan kelanasiswa Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah. Dalam Tema 3 kami diberitahu mengenai kegunaan tenaga solar yang dikategorikan kepada dua jenis iaitu Solar Thermal dan Solar Photovoltaic (PV). Solar Thermal ini melibatkan pemanasan air dan juga memasak manakala Solar Photovoltaic (PV) digunakan untuk mendapatkan tenaga elektrik. Kegunaan Tenaga solar juga boleh digunakan untuk mengeringkan makanan seperti buah buahan, kerepek, daging dan ikan bilis di tawau. Seterusnya, slot diteruskan dengan tema 4 “Matahari adalah sumber kehidupan” oleh Prof. Madya Ts. Dr HJ. Mustafa Bin HJ Ibrahim. Para peserta telah diberikan idea- idea dalam mejayakan program go solar dan projek yang boleh dilakukan oleh para peserta dengan mendapatkan kebaikan yang memaksimumkan kepada masyarkat di luar dan cara melakukannya. Panel juga menunjukkan peralatan-peralatan yang terdiri daripada peralatan go solar yang mengalakkan penggunaan cahaya matahari bagi membina sesuatu. Bagi mengalakkan lagi peserta bagi menjayakan program go solar ini para peserta telah diberikan tugasan untuk membuat cermin mata solar mengikut kreativiti dan varisi peserta masing-masing . Kaca mata hitam dibuat bagi mengelakkan mata para peserta dari terkena pencahayaan yang berbahaya sepanjang aktiviti go solar luar dilakukan. Slot kedua telah tamat dengan lancar nya dan ditutupi dengan bacaan doa al-ihklas.

Program yang berlansung selama 2 hari ini telah tamat dengan jayanya dan berjalan dengan lancar bersama panel jemputan dan para peserta. Taklimat seperti ini telah memberi peluang kepada kami dalam mengetahui pengunaan tenaga solar dan kebaikan yang boleh dibawa

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
12
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share