TAKLIMAT TEORI SCOUT GO SOLAR UTHM
Saya dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UTHM telah mengikuti program taklimat teori ‘scout Go Solar’ yang telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 may 2021 pada jam 9 hingga 12 tengahari. Program ini dijalankan menggunakkan platform Google Meet kerana kekangan keadaan Covid-19 yang makin meningkat pada masa kini. Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan berkenaan Scout Go Solar dalam kalangan pengakap kelanasiswa dengan membawa 4 tema iaitu tema 1 matahari adalah sumber kehidupan, tema 2 adalah impak cahaya matahari, tema 3 iaitu kegunaan tenaga solar dan terakhir tema 4 iaitu Go Solar!.
Tema 1 matahari adalah sumber kehidupan dan tema 2 impak cahaya matahari yang disampaikan oleh Pn. Alnor Binti Ahmad Nasir dan En. Zahiran Hamzah yang merupakan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah pada 7 mei 2021. Dalam tema 1 ini saya dapat mengetahui tentang tenaga semulajadi yang boleh diperolehi daripada matahari. saya juga dapat mengetahui apa itu tenaga solar serta kelebihan tenaga solar. Selain itu, saya juga didedahkan dengan penggunaan tenaga solar seperti jam matahari, kalkulator, dan lampu solar. Tema 2 pula iaitu impak cahaya matahari yang disampaikan oleh En. Zahiran Hamzah saya dapat mengetahui tentang impak cahaya matahari pada kesihatan dan alam sekitar. Pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan pada kulit boleh menyebabkan kanser kulit manakala pada mata boleh menyebabkan katarak mata. Selain itu, dalam tema ini saya dapat mengetahui tentang sinaran UltraViolet(UV) dan kesan UV kepada kesihatan manusia. Pendedahan pada cahaya matahari juga boleh menyebabkan kita mengalami strok haba dan dehidrasi. Dalam tema ini juga kami didedahkan tentang kesan cahaya matahari kepada alam sekitar seperti kesan rumah hijau, punca berlakunya kesan rumah hijau, cara mengurangkan kesan rumah hijau dan perbezaan kesan rumah hijau semulajadi dan kesan rumah hijau oleh aktiviti manusia.
Tema seterusnya pula adalah tema 3 iaitu kegunaan tenaga solar yang disampaikan oleh Pn. Hasnina Binti Haji Abd Rahman yang merupakan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah pada 8 mei 2021. Dalam tema ini kami didedahkan kepada penggunaan tenaga solar dalam kehidupan seharian dan penggunaan tenaga solar secara Solar Thermal dan Solar Photovoltaic (PV) bagi mendapatkan tenaga elektrik utuk kegunaan kita. Tema terakhir iaitu tema 4 Go Solar! yang disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Mustaffa Bin Hj. Ibrahim yang merupakan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Tun Hussein Onn pada 8 mei 2021. Dalam tema ini kami diberi idea-idea untuk melaksanakan program Scout Go Solar serta project yang boleh dilaksanakan bagi memberi kebaikan dan manfaat kepada masyarakat di luar sana. selain itu juga, aspek keselamatan dalam menjalankan program Scout Go Solar ini perlulah diambil berat.
Akhir sekali, daripada taklimat ini banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi dan didapati terutama sekali cara untuk menggunakan tenaga solar dengan sebaiknya. Taklimat ringkas ini sangat bermanfaat untuk kami mengetahui cara mengaplikasikan tenaga solar.
#sgsklkm #klkmuthm