TAKLIMAT TEORI "SCOUT GO SOLAR" UTHM

TAKLIMAT TEORI "SCOUT GO SOLAR" UTHM

PENGISIAN

Sepanjang taklimat teori “ Scout Go Solar” berlangsung secara atas talian di plaform Google Meet terdapat empat Tema yang telah diterangkan oleh beberapa penceramah  jemputan. Jadual di bawah merupak senarai keempat-empat Tema berserta dengan nama penceramah.

                                                                                

TEMA

TAJUK

PENCERAMAH

UNIT KLKM

Tema 1:

Matahari Adalah Sumber Kehidupan 

PN. ALNOR BINTI AHMAD NASIR

 

KLKM POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Tema 2:

Impak Cahaya Matahari

EN. ZAHIRAN HAMZAH

Tema 3:

Kegunaan Tenaga Solar

PN. HASNINA BINTI HAJI ABD RAHMAN

Tema 4:

Scout Go Solar!

PROF. MADYA TS. DR. HJ. MUSTAFFA BIN HJ IBRAHIM

KLKM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

 

Tema 1 dan Tema 2 dijalankan pada hari Jumaat bersamaan dengan 7 MEI 2021. Terdapat pelbagai perkara yang dipelajari semasa taklimat dijalannkan. Untuk Tema 1: Matahari Adalah Sumber Kehidupan yang disampaikan oleh Pn. Alnor Binti Ahmad Nasir telah menceritakan mengenai matahari yang merupakan sumber yang boleh diperbaharui dan percuma untuk digunakan oleh orang. Beliau juga ada menyentuh mengenai ladang solar dan membahas contoh ladang solar yang terdapat di Melaka,Malaysia. Semasa Tema ini juga, peserta dapat mengetahui aspek-aspek asas dalam pembentukan ladang solar dan perbezaan ladang solar di negara luar dan di Malaysia. Perbezaan paling ketara yang peserta dapat ketahui ialah dari segi keluasan ladang solar. Ladang solar di luar negara lebih luas kerana mereka menggunakan kawasan yang lapang secara semulajadi berbanding di Malaysia yang perlu membina keluasan tersebut dengan sendiri. Pn Alnor juga ada menceritakan juga mengenai intipati Scout Go Solar secara umumnya  sebagai pembuka untuk Tema-Tema yang lain.

Selesai Tema 1, Tema 2: Impak Cahaya Matahari disambung pula oleh En. Zahiran Hamzah. Dalam Tema 2 peserta banyak didedahkan mengenai fakta-fakta berkaitan matahari seperti matahari menghasilkan sinaran Ultra Ungu (UV) yang mampu membuatkan manusia berisiko tinggi untuk terkena kanser kulit dan penipisan ozon yang berpunca daripada pembebasan gas kloroflorokarbon (CFC) yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Pelepasan gas CFC daripada penggunaan penyaman udara dan asap kenderaan merupakan antara sebab berlakunya penipisan ozon berlaku

Bagi Tema 3 dan Tema 4 di diadakan pada hari berikutnya iaitu pada 8 Mei 2021 bersamaan pada hari Sabtu. Tema 3 yang bertajuk Kegunaan Tenaga Solar yang telah disampaikan Pn. Hasnina Binti Haji Abd Rahman. Berdasarkan penerangan beliau, kegunaan tenaga solar boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu Solar Thermal dan Solar Photovoltaic (PV) di mana Solar Thermal banyak digunakan dalam konsep masakan seperti memanaskan air manakala PV pula digunakan bagi mendapatkan bekalan elektrik daripada tenaga solar.  Dalam topik ini peserta banyak didedahkan mengenai mekanisma yang terlibat dalam sesebuah sistem tenaga solar dan berserta beberapa aplikasi yang dapat dilakukan menggunakan sistem tenaga solar. Sebagai contoh penggunaan Periuk Coppehengan yang digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara bersuhu tinggi seperti di Afrika yang mana periuk coppehengan ini banyak membantu mereka dalam penyediaan makanan. Hal ini dapat membantu komuniti di sana yang mempunyai kekurangan dari segi fasiliti dan keperluan untuk kehidupan seharian.

Tema 4 iaitu Scout Go Solar telah disambung oleh Prof. Madya Ts Dr. Hj Mustaffa Bin Hj Ibrahim. Dalam tema prof banyak memberikan pencerahan dan pendedahan mengenai projek-projek scout go solar yang telah banyak dilakukan oleh pengakap-pengakap sebelum ini. Beliau juga ada berkongsi pengalaman beliau semasa mengadakan lawatan ke negara Denmark dalam upacara berkaitan Scout Go Solar di sana. Kata beliau, projek Scout Go Solar adalah banyak berkaitan bagaimana seseorang ahli pengakap dapat memberi impak positif dalam kehidupan sesebuah komuniti. Dalam masa yang sama beliau juga menerangkan akan aspek-aspek keselamatan semasa mengendalikan projek Scout Go Solar seperti penggunaa Sunscreen, cermin mata gelap dan topi.

Secara keseluruhannya taklimat yang dijalankan sepanjang dua hari tersebut adalah untuk membantu pelajar sebelum menjalankan program untuk Lencana Scout Go Solar. Dalam tema 1, peserta didedahkan mengenai sumber tenaga solar. Pada tema 2 pula peserta diceritakan menegenai hubungan matahari dengan kehidupan seharian manusia. Dalam tema 3, peserta diajar akan kegunaan sumber tenaga solar dalam kehidupan  dan akhir sekali dalam tema 4 peserta dikongsikan akan projek-projek Scout Go Solar yang banyak dilakukan diseluruh dunia.

 

#sgsklkm #klkmuthm

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
12
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF

Share via

Share