
Taklimat bersama orang-orang Penting
Taklimat petugas Jambori Pengakap Malaysia Ke-13 dan Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur 2016 telah dijalanan di SK Tiara Permai pada 30 Oktober 2016.
Sesi taklimat dimulakan dengan nyanyian lagu, melafazkan Persetiaan Pengakap dan bacaan doa.
Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat jambori oleh YH Dato'Dr. Elli Bin Mohd Tahir, Ketua Kem Jambori Pengakap Malaysia 2016. Dalam taklimat beliau, beliau berasa amat berbesar hati dengan kehadiran semua wakil-wakil petugas dan juga mengumumkan penyertaan jambori pada kali ini telah mencecah 8000 orang peserta dari dalam dan luar negara.
Seterusnya, talimat teknikal telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Latiff Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Kem Jambori Pengakap Malaysia 2016. Dalam taklimat beliau, beliau telah memberi gambaran secara keseluruhan tentang pelaksanaan jambori nanti.
Seterusnya, ketua-ketua kumpulan untuk setiap bahagian telah memberikan taklimat mengikut bahagian masing-masing untuk memberi maklumat yang lebih jelas tentang setiap bahagian tugas supaya semua wakil mendapat maklumat yang lebih terperinci dan jelas.
Selepas sesi taklimat, lawatan ke tapak jambori, iaitu Taman Metropolitan Batu yang berdekatan dengan SK Tiara Permai telah dijalankan. Dalam lawatan tersebut, semua wakil petugas telah diperkenalkan lokasi-lokasi untuk pentas utama, agihan tapak khemah untuk peserta, lokasi untuk pelaksanaan aktiviti dan lokasi untuk khemah petugas. Dengan lawatan tapak yang dijalankan, wakil-wakil petugas yang hadir untuk sesi taklimat pada kali ini dapat meramalkan suasana pada hari kejadian dan mempunyai gambaran yang lebih jelas.
selepas lawatan tapak, semua hadirin dijemput untuk makan tengah hari dan diteruskan dengan sesi penggambaran serta sesi berbincang, berinteraksi dan saling berkenalan selepas taklimat pada hari ini. Pada jam 1.30 petang, wakil-wakil petugas mula bergerak pulang ke tempat masing-masing.
Selepas menulis sedikit laporan berkenaan dengan taklimat pada kali ini, saya ingin membuat sedikit refleksi saya. Sebenarnya, saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana saya telah diberi peluang dan dijemput untuk menghadiri sesi taklimat pada kali ini. Dalam taklimat ini, saya sekali lagi berjumpa dengan Akela MPKLM, iaitu Tuan Radzi. Beliau bukan sahaja menghadiri taklimat sebagai wakil kepada MPKLM, malah beliau mengatakan beliau ingin menunjukkan sokongan beliau kepada anak-anak buah yang terlibat dalam jambori antarabangsa pada kali ini. Semangat berpengakap beliau cukup tinggi dan telah menjadi satu contoh yang baik kepada kami. Selain itu, saya juga mendapat peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan ahli-ahli pengakap dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan menjalinkan persahabatan dengan lebih banyak ahli pengakap yang berlainan negeri dan daripada berlainan pekerjaan. Inilah keunikan dan keistimewaan pengakap yang boleh menyatupadukan hari ahli-ahli pengakap yang berlainan asal usul, bangsa, agama dan negara dalam suatu aktiviti pengakap.
Saya menanti-nantikan saat menjalankan tugas dan memberi sumbangan saya dalam bersama-sama menjayakan jambori nanti.
Sekali berpengakap, terus berpengakap.