
SWAD di Farmer River,Kedah
Seramai 103 perserta SWAD dari pelbagai negeri telah menyertai Scout Of World Award Discovery yang bertempat di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim,Sungai Petani,Kedah. Bengkel ini diadakan untuk memastikan peserta mendapatkan passport SWA dan passport ini membolehkan peserta untuk menjalankan projek untuk mendapat Scout World Award, yang istimewanya pada tahun ini bersempena dengan ulang tahun 100 tahun pengakap kelana. Antara bengkel yang dijalankan ialah bengkel pengenalan kepada SWA, Project management dan lain-lain dan diakhiri dengan perbentangan projek dalam kumpulan. Program yang dijalankan telah membantu semua pengakap untuk merangka projek berdasarkan cara yang betul. Semua peserta telah berjaya mendapatkan passport SWA dan sedang bergiat aktif merelisasikan projek yang akan dijalankan.