SUMBANGAN AMAL KEPADA PESAKIT WAD HOSPITAL SIPITANG
Pada 30 September 2019 yang lalu,Barisan DC dan ADC serta wakil Kelana A Sipitang telah membuat satu program amal iaitu memberikan buah tangan kepada pesakit yang ada di Hospital Sipitang. Program ini bermula pada pukul 1 petang ketika masa rehat iaitu pelawat diberikan kebenaran untuk masuk. Pesuruhjaya Daerah Skip Walter Alvin Jiniti merupakan ketua rombongan ini. Kehadiran kami telah di sambut oleh pihak hospital dengan baik.
Timbul beberapa kesedaran antara kami selepas melawat pesakit yang telah ditahan di wad masing-masing. Kami telah diberikan laluan khas untuk lawatan kali ini dari wad 1,wad 2,dan Unit Haemodialisis. Pengarah Hospital mengucapkan terima kasih kepada pengakap daerah sipitang kerana sudi memberikan sumbangan amal dan menunjukkan Pengakap mengambil berat masyarakat Sipitang.