SHARE YOUR EXTRAS
10 JUN 2020 - 17 JUN 2020
SERAMAI 23 ORANG AHLI PENGAKAP KELANA NEGERI PAHANG TELAH MENJALANKAN AKTIVITI PENGUMPULAN BARANGAN TERPAKAI YANG MASIH ELOK UNTUK DI GUNAKAN DALAM USAHA MENGUMPUL DANA BAGI TUJUAN PROGRAM-PROGRAM KEBAJIKAN MASYARAKAT MELALUI GERAKAN KEPENGAKAPAN.
USAHA INI BERMULA DARI SEKUMPULAN PENGAKAP KELANA (Seramai 33 Orang) YANG SEDANG BERUSAHA MENGUMPUL DANA UNTUK MENJAYAKAN PROJEK SCOUT OF THE WORLD AWARD MEREKA DI TAMAN NEGARA, MALAYSIA.
"DARI KOMUNITI KEPADA KOMUNITI"
ITULAH TAGLINE ATAU COGAN KATA YANG DIBERIKAN DALAM USAHA MEMERTABATKAN KEBAJIKAN MEMBANTU KOMUNITI SETEMPAT DI NEGERI PAHANG SECARA KHUSUSNYA, DAN DI MALAYSIA SECARA AMNYA.
USAHA YANG KECIL INI MENDAPAT PERHATIAN DARIPADA PIHAK KERAJAAN TEMPATAN DAN JUGA AGENSI KERAJAAN UNTUK TURUT SAMA MENJAYAKAN USAHA ANAK ANAK MUDA PENGAKAP INI.
• MAJLIS BANDARAYA KUANTAN (MBK)
• SOLID WASTE CORPORATION (SW CORP)
• ALAM FLORA
• JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
DENGAN BANTUAN MEREKA, DALAM MASA BEBERAPA HARI SAHAJA KAMI BERJAYA MENGUMPULKAN SEKURANG KURANGNYA 15 TAN BARANGAN BERBENTUK TEXTILE DI LOKASI PENGUMPULAN.
SEMOGA USAHA YANG SEDIKIT INI DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMBUANGAN BARANGAN TERPAKAI YANG MASIH ELOK DIGUNAKAN DI PUSAT PEMBUANGAN SAMPAH (Landfill) SERTA DAPAT JUGA MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH GEJALA PENYAKIT DENGGI DI KALANGAN MASYARAKAT. HAL INI KERANA, KAJIAN MENDAPATI 70% DARI PEMBIAKAN NYAMUK AEDES BUKANLAH DARI LUAR RUMAH, TETAPI DI DALAM RUMAH. OLEH KERANA LAMBAKAN BARANGAN YANG MASIH ELOK DIGUNAKAN DAN DI SIMPAN DI DALAM RUMAH WALAUPUN TIDAK LAGI DI GUNAKAN.
OLEH YANG DEMIKIAN, USAHA INI JUGA DAPAT MENDIDIK MASYARAKAT UNTUK MENYUMBANG BARANGAN YANG MEREKA MASIH SAYANGI.
KERANA MENYUMBANG ITU SUATU AMALAN YANG AMAT MULIA.
SEKIAN UNTUK KALI INI,
TERIMA KASIH