Semua Baharu
Profile picture for user Nor Hasniza_1
Malaysia

Semua Baharu

Kawan baharu. Pengalaman baharu. Memori baharu. Ilmu baharu. Itulah yang dapat saya simpulkan apabila saya menyertai Kursus Koordinator Messengers of Peace ( MoP ) yang diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula 28 hingga 30 Jun 2018 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Kursus ini telah disertai oleh seramai 27 orang peserta yang berasal daripada negeri Terengganu, Kedah, Kelantan dan Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada Pengakap Kelana, Penolong Pemimpin dan Pemimpin. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai apa itu Messengers of Peace. Melalui kursus ini, para peserta telah didedahkan tentang logo MoP, asal usul MoP, maksud di sebalik lambang yang terdapat di logo MoP, mengenal pasti tugas koordinator MoP dan juga para peserta didedahkan dengan cara cara untuk menyiapkan kertas kerja dengan baik. Para peserta dikehendaki menyiapkan kertas kerja bagi program yang ingin dilakukan oleh para peserta secara berkumpulan seterusnya membentangkan kertas kerja kepada ahli kumpulan lain. Tuntasnya, melalui kursus koorninator ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu baharu dan saya berasa amat seronok dan gembira.
Started Ended
Number of participants
27
Service hours
486
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF
SDGS

Share via

Share