SEMINAR PENINGKATAN KEAHLIAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2018
Seminar peningkatan keahlian ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pendaftaran keahlian. Seminar ini di
hadiri oleh 32 orang yang terdiri daripad wakil-wakil negeri dari seluruh Malaysia.
Antara agenda yang di utarakan ialah mengenai kaedah untuk mempromosikan dan menjenamakan pengakap secara meluas dan koheren. Antara kaedah yang di cadangkan ialah mengedarkan risalah, memperluaskan penggunaan media sosial seperti Instagram, Facebook, dengan mewujudkan "Page" serta mewujudkan platform pendaftaran secara maya yang lebih efektif.
Mewujudkan sistem "Standard Operating Procedure" (SOP) yang lebih fleksibel. Kaedah yang di cadangkan ialah memperkenalkan sistem perbankan atas talian Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Dengan sistem ini, ahli-ahli pengakap dapat melakukan pendaftaran dengan mudah dan pantas, malah sistem ini juga lebih mesra pengguna dan telus.
Kesimpulannya, banyak cara yang boleh di gunakan bagi menaiktaraf pendaftaran keahlian supaya menjadi lebih efisyen di samping memberi impak positif pada peningkatan statistik keahlian Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dari tahun ke tahun.