SCOUTING IN PANDEMIC ( COVID-19 )
Malaysia

SCOUTING IN PANDEMIC ( COVID-19 )

MOTO PENGAKAP KELANA ADALAH "BERKHIDMAT".

Di Dalam Pengertian Saya, Sebutan Slogan BERKHIDMAT Itu Bukan Sahaja Harus Terungkap Dari Kata-Kata Semata-mata, Malah Ianya Harus Lahir Dari Hati Dan Juga Perasaan.

Seperti Yang Kita Semua Sedia Maklum, Pada Tahun 2020 Dunia Telah Dikejutkan Dengan Satu Pendemik Yang Dipanggil "CORONA VIRUS". Pendemik ini Telah Meragut Ribuan Malah Jutaan Nyawa. Malah Ianya Bukan Sahaja Meragut Nyawa, Malah Meragut Sumber Pendapatan Dan Pencarian Sebilangan Orang.

Manakala Di Malaysia Juga Mendapat Tempias Yang Sama Pada Awal Tahun 2020. Pada 18 March 2020, Kerajaan Malaysia Mengambil Langkah Proaktif Untuk Menangani Wabak Ini Dengan Mengambil Inisiatif Menutup Semua Kegiatan Di Dalam Negara (Lockdown). Dalam Usaha Membendung Wabak Ini.

Walaubagaimanapun, Di Sudut Kesihatan Pula, Mengalami Beberapa Isu Yang Amat Berat Dari Sudut Persiapan (Kelengakapan) Menghadapi Cabaran Ini. Iailah, Siapa Yang Sangka Bencana Ini Akan Berlaku. Maka, Pihak Kesihatan Menghadapi Beberapa Cabaran Dari Sudut Kemudahan Dan Kelengkapan. Pada Awalnya Kami Mendapati, Pihak Kesihatan Membuat Dan Menjahit Peralatan Keselamatan Perlindungan Mereka Sendiri Secara D.I.Y.

Maka Kami Pengakap Kelana Negeri Pahang Mengambil Beberapa Inisiatif Bersama Sama Majlis Pengakap Kelana Negara Yang Dimulai Oleh Pasukan Pengakap Kelana B Pasir Mas, Kelantan Untuk Membantu Pihak Kesihatan Dalam Menyediakan Peralatan Kemudahan Perlindungan Muka (Face Shield). Hal Ini Amat Di Sambut Baik Oleh Pihak Kesihatan Dan Kerajaan Tempatan.

Oleh Yang Demikian Di Negeri Pahang, Kami Telah Mengerahkan Seramai 93 Orang Anggota Pengakap Kelana Untuk Membantu Mereka Dari Rumah. Sebanyak 6 Buah Daerah Yang Terlibat Secara Langsung Daripada 11 Daerah Di Negeri Pahang. Dengan Kekuatan Sedia Ada, Kami Telah Berjaya Menyediakan Sebanyak Hampir 25 Ribu Pelindung Muka Untuk Di Agihkan Ke Seluruh Hospital Di Negeri Pahang Termasuk Pegawai-pegawai Barisan Hadapan Di Dalam Menghadapi Pendemik Ini.

Kami Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Dan Syukur Kepada Semua Yang Menyokong Secara Langsung Mahupun Tidak Langsung Diatas Gerakan Kemanusiaan Ini. Semoga Pendemik Ini Dapat Berakhir Dengan Segera Agar Kita Boleh Kembali Beraktiviti Seperti Sediakala Semula.

Sekian, Terima Kasih

Started Ended
Number of participants
113
Service hours
21018
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
SDGS

Share via

Share