SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR
Seramai 39 orang guru pelatih dari opsyen pendidikan jasmani institut pendidikan guru kampus temenggong Ibrahim Johor telah mengadakan majlis sambutan hari raya peringkat jabatan pendidikan jasmani di blok pendidikan jasmani IPG kampus Temenggong Ibrahim Johor. Program itu dijalankan semasa hari kuliah. Justeru itu, setiap pelajar dan pensyarah yang telibat perlu membuat penggantian kuliah untuk menggantikan kuliah pada hari tersebut. Majlis ini telah mengambil masa selama 2 hari bagi membuat persiapan untuk menjayakan majlis tersebut. Program ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula dari 25 jun 2018 hingga 26 jun 2018.
Majlis ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan warga pensyarah disitu serta memberi peluang kepada mereka untuk merasai keseronokan beraya di IPG. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuat persiapan memasak, persediaan tempat, aktiviti menghias "photo booth", dan aktiviti bergotong- royong dikawasan majlis tersebut diadakan. Walaupun terdapat kekurangan dari segi alatan memasak seperti mangkuk, pinggan dan kain alas meja. Namun semua guru pelatih berusaha untuk mendapatkannnya dan bersemangat membuat persiapan untuk menjayakan majlis hari raya tersebut.
program ini telah dianjurkan oleh pihak Ketua Jabatan pendidikan jasmani iaitu Encik Hishamuddin bin Hassan dengan kerjasama rakan-rakan pensyarah serta pelajar opsyen pendidikan jasmani IPGKTI . Guru pelatih dan pensyarah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program tersebut. Program secara teori ini turut ditaja sepenuhnya oleh pihak pengurusan IPGKTI.