SAMBUTAN HARI KEAMANAN PENGAKAP BERSAMA BADAN BERUNIFORM MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN

SAMBUTAN HARI KEAMANAN PENGAKAP BERSAMA BADAN BERUNIFORM MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN

TARIKH : 19-20 SEPTEMBER

TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR, BOLA JARING DAN FUTSAL MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN

 

Aktiviti ini melibatkan semua Badan Beruniform yang terdapat di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan dengan Unit Pengakap Udara merupakan penganjur kepada aktiviti ini. Semasa menganjurkan aktiviti ini, Unit Pengakap Udara telah mendapatkan bantuan daripada Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sibuga, Sandakan, Sabah. Terdapat 8 Badan Beruniform telah menyertai aktiviti ini.

 

Penglibatan ahli pengakap daripada Tingkatan 2 hingga Tingkatan 4 adalah wajib dengan mereka menjadi peserta bagi pertandingan yang dijalankan atau sebagai urusetia. Pada asalnya program ini merupakan program sehari sahaja tetapi disebabkan berlaku masalah yang tidak dapat dielakkan, program ini telah dilaksanakan selama dua hari iaitu pada hari sabtu 19 september dan 20 september bersamaan hari ahad.

 

Antara aktiviti sukan yang telah dilaksanakan adalah Pertandingan Futsal Lelaki, Pertandingan Bola Jaring Perempuan, Pertandingan Bola Tampar kategori Lelaki dan kategori Perempuan. Disebabkan hujan pada pagi sabtu 19 September, pertandingan yang sepatutnya dijalankan pada waktu pagi telah digantikan dengan acara sukan Indoor (congkak, sahiba, karom dan E-Sport) yang mana setiap Badang Beruniform dikehendaki menghantar penyertaan bagi acara ini. Setiap badan beruniform dikehendaki menghantar peserta bagi setiap kategori. Acara sukan lain pula telah diadakan pada sebelah petang sabtu, ahad pagi dan acara final pada petang ahad 20 september dan disambung dengan Majlis Penutup yang disampaikan oleh Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan.

 

19 September (Sabtu)

6.00 Pagi : Senamrobik

6.45 Pagi : Taklimat Program

7.00 Pagi : Acara Sukan Indoor (Sahiba, Congkak, Catur dan E-Sport)

3.45 Petang : Acara Sukan Outdoor Peringkat Kumpulan( Futsal, Bola Jaring & Bola Tampar)

 

20 September (Ahad)

7.00 Pagi : Acara Sukan Outdoor Pusingan Kedua( Futsal, Bola Jaring & Bola Tampar)

4.00 Petang : Acara Sukan Outdoor Akhir ( Futsal, Bola Jaring & Bola Tampar)

5.00 Petang : Majlis Penutupan

Started Ended
Number of participants
300
Service hours
3600
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share