
Sambutan Hari Kantin Sk Bukit Garam 2
Pada 12 dan 13 November yang lepas , Pasukan Kelana Pengakap Udara 'B' telah berpeluang menyertai program Hari Kantin untuk membuka gerai jualan yang diadakan di Sk Bukit Garam 2 . Program Hari Kantin tersebut dimulakan pada jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari .
Pasukan Pengakap Kelana Udara 'B' telah membuat persiapan untuk menjual seperti kuih-muih , air , aiskrim , buah-buahan dan beyblade .
Program Hari Kantin ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana . Dana tersebut akan digunakan untuk membuat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan oleh Pasukan Pengakap Kelana Udara 'B' . Selain itu , Hari Kantin juga bertujuan untuk menyemai sikap berdikari dan keusahawanan . Akhir sekali , ia juga dapat merapatkan lagi silaturrahim diantara Pasukan Pengakap Kelana Udara 'B' dan warga Sk Bukit Garam 2 .