Run to the peace
Pada 19 September 2019, saya selaku pengarah projek memastikan tugas setiap AJK telah dijalankan dengan baik. Saya juga mengantungkan banner dan banting bersama AJK saya di dalam kawasan IPG kita dan juga tempat-tempat yang mudah dilihat. Saya juga meminta setiap AJK untuk membuat laporan tentang perkembangan tugas masing-masing supaya saya dapat memberi cadangan atau bantuan kepada mereka agar tugas mereka dapat dijalankan dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga mengingatkan kepada peserta-peserta IPG lain tentang masa dan tempat aktiviti ini agar mereka dapat menghadirkan diri pada masa yang telah ditetapkan.
Pada 20 September 2019, saya juga meminta setiap AJK melaporkan perkembangan tugas mereka kepada saya dan mereka diminta bersiap sedia untuk aktiviti esok melalui Whatsapp. Selain itu, kita juga membuat persiapan larian di Astaka, IPGKRM. Persiapan larian ini mengambil masa yang lama disebabkan kekurangan pembantu dan juga pengalaman. Tambahan pula, kita juga membuat rehearsal di Astaka IPGKRM untuk memastikan kelancaran aktiviti esok pada petang ini. Saya bersyukur kerana setiap AJK memainkan peranan masing-masing dan menjalankan tugas dengan baik. Saya juga mengingatkan semula tentang tentatif program hari esok supaya mereka sentiasa bersedia dan memahami aturcara program hari esok.
Pada 21 September 2019, Pengakap KLM14 telah menganjurkan Larian Keamanan IPGKRM 2019 di astaka IPGKRM, Seremban,Negeri Sembilan. Ia dijalankan untuk sempena bulan keamanan sepanjang bulan September. Program ini telah dirasmikan oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia. Larian ini mempunyai 6 Kategori yakni Lelaki IPGKRM, Perempuan IPGKRM, Jemputan Lelaki, Jemputan Perempuan, Lelaki Terbuka dan Perempuan terbuka. Peserta terdiri daripada pelajar IPGK Raja Melewar, IPGK Bahasa Antarabangsa, IPGK Pendidikan Islam, staf dan pensyarah IPGKRM dan IPG lain. Terdapat jumlah sebanyak 335 peserta menyertai larian ini. Pertandingan, kemenangan dan kekalahan bukanlah satu-satunya ukuran dalam menentukan kualiti sesebuah pasukan. Namun, kualiti yang baik dapat diukur apabila pasukan tersebut sentiasa menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, bersatu padu, bertoleransi, sikap menerima kekalahan serta meraikan kemenangan dengan cara berhemah. Oleh itu, larian ini sesuai diadakan kerana ini merupakan langkah permulaan yang amat baik untuk rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kaum, bersama-sama membina negara yang aman, damai dan sejahtera.Semoga larian ini dapat memberi pendedahan dan impak kepada peserta tentang kepentingan keamanan dalam kehidupan.