ROVERS ENVIROSOCIETY PROJECT 2022

Program yang dianjurkan oleh Krew 01B ini bertujuan untuk menunjukkan kemahiran kepengakapan dan juga menjaga kebajikan dan pemeliharaan alam sekitar sesama ahli pengakap kelana UKM. Aktiviti ini merangkumi aktiviti seperti pembersihan di rumah-rumah kelana, sumbangan pakaian terpakai, membersihkan perhentian bas di kolej-kolej UKM dan membuat tong kitar semula secara DIY dan diletakkan di kolej-kolej yang terpilih. Program-program ini diadakan bagi menjadikan ekosistem menjadi stabil.
-Program 'Clean Your House' diadakan di kediaman ahli-ahli kelana yang berada di rumah dan aktiviti pembersihan seperti di ruang bilik, dan di laman rumah dll. Seterusnya, bagi 'Scouts Preloved Donation' kami mengumpulkan pakaian terpakai yang masih boleh digunakan ke tempat pengumpulan pakaian terpakai. -Program 'Bus Stop Moments' diadakan oleh ahli yang berada di kolej dan mereka membersihkan beberapa 'bus stop' mengikut kolej yang terpilh.

Kebersihan alam sekitar dapat dipelihara dan dapat mengurangkan samoah dan pencemaran yang akan mengakibatkan pelbagai penyakit kepada manusia. 

Dapat memelihara kebersihan alam sekitar dan di persekitaran rumah dengan mengitar semula bahan-bahan seperti botol kaca, surat khabar, kertas, botol plastik dan pelbagai lagi. Dapat memupuk sifat kesederhanaan dengan menyumbang pakaian lama kepada pihak yang memerlukan. 

Number of participants
25
Service hours
1200
Beneficiaries
1000
Location
Malaysia
Topics
Nature and Biodiversity
Healthy Planet
Humanitarian action
SDGS
Initiatives
Environment and Sustainability

Share via

Share