Rovers Envirosociety Project
Aktiviti Rovers Envirosociety menggalakkan para kelana yang berada di kolej mahupun di rumah untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan dan alam sekitar bersama-sama, Aktiviti ini dapat menggalakkan kami untuk memupuk sikap cinta terhadap alam sekitar dan juga prihatin kepada masyarakat setempat.
Dua program dilakukan secara bersemuka manakala dua program lagi dilakukan secara dalam talian. Untuk bersemuka, program 'Bus Stop Moments' dan 'Scouts DIY Recycle Bin' dilakukan di UKM manakala program 'Scouts Preloved Donations' dan 'Clean Your House' dilakukan secara dalam talian (di rumah masing-masing). Program ini berlangsung selama 8 hari.
Impaknya. pelajar-pelajar UKM dapat menggunakan stesen bas dengan lebih selesa, amalan 3R dapat dipupuk kerana kotak-kotak dapat dikitar semula untuk menjadi tong sampah, kebersihan rumah lebih terjaga dan juga barangan lama kesayangan kita boleh diguna semula oleh orang lain yang memerlukan.
Apa yang kami belajar melalui program ini adalah pentingnya amalan 3R bagi menjamin kelestarian alam sekitar terutama dalam menggunakan semula kotak-kotak terpakai. Selain itu, aktiviti pembersihan stesen bas juga dapat memupuk sikap kekitaan sesama manusia dalam usaha untuk menjaga kebersihan. Untuk jadikan program ini lebih baik, kami berharap banyak lagi aktiviti kebersihan di tempat awam dapat dilakukan dan bukan sekadar di stesen bas.