Profile picture for user Faiz Danuri_1
Malaysia

ROVER FACESHIELD HERO

     Projek 'Rover Faceshield Hero' merupakan idea daripada pasukan pengakap kelana Kelantan iaitu 'Blackfurry Rovers'. Majlis Pengakap Kelana Negara yang diketuai oleh Muhammad Jurais bin Abdullah selaku pengerusi telah mengambil inisiatif dengan mengiktiraf projek berkenaan diperingkat kebangsaan. Pasukan kelana dari setiap negeri juga telah turut serta untuk melakukan projek berkenaan. Oleh itu, pasukan pengakap kelana daerah Pontian telah bersepakat untuk membuat 'faceshield' dan diagihkan kepada para barisan hadapan di  sekitar daerah Pontian.

     Pasukan pengakap kelana daerah Pontian telah diketuai oleh saya sendiri, iaitu Mohammad Faiz bin Md Danuri. Seramai 8 orang kelana dan 10 orang pemimpin telah turut serta bagi menjayakan projek ini. Antara pemimpin daerah Pontian yang terlibat ialah Pesuruhjaya Pengakap derah Pontian, Tuan Mohd Zaki bin Azman, Setiausaha Pengakap daerah Pontian, Puan Noor Akma binti Tarmidi dan lain-lain. Saya telah membahagikan kepada dua kumpulan iatu kumpulan menghasilkan 'faceshield' dan kumpulan penghantar. Di mana setiap kumpulan mempunyai tugas-tugasnya yang tersendiri. Kumpulan meghasilkan 'faceshield' akan menyiapkan segala persiapan dari awal hingga akhir manakala kumpulan penghantar hanya menghantar 'faceshield' sahaja ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk mengehadkan bilangan orang dalam satu-satu masa berlandaskan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pasukan pengakap kelana daerah Pontian juga telah bekerjasama dengan Persekutuan Pengakap daerah Pontian dan Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor. Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara pengakap di peringkat daerah dan negeri. Malah, ia akan lebih memudahkan lagi urusan kami untuk mendapatkan info yang lebih lanjut mengenai projek ini. Kami juga telah bekerjasama dengan Kelab Rakan Muda daerah Pontian kerana ada sebahagian daripada kami merupakan ahli kelab tersebut. Kelab itu juga menyumbang sedikit keperluan yg diperlukan oleh kami seperti span dan tali getah,

     Projek ini telah kami lakukan di bilik mesyuarat Surau Sri Aman, Taman Sri Aman. Saya amat berterima kasih kepada pengerusi Surau Sri Aman iaitu Encik Kamal dan ahli jawatankuasanya yang lain kerana telah mengizinkin kami menjalankan projek ini di bilik itu. Dengan adanya tempat yang besar dan selesa ini dapatlah kami semua mejalankan projek ini dari persiapan awal hingga persiapan akhir. Segala barang yang dibeli mahupun disumbang oleh para penyumbang akan dikumpulkan di surau tersebut. Ini bertujuan untuk memudahkan kami semua menyiapakan 'faceshield' dalam masa yang singkat. Antara penyumbangnya ialah Majlis Belia Malaysia, kedai alat tulis Yoli, kedai buku dan alat tulis Inspirasi dan sebagainya. Hasil sumbangan mereka, kami gunakan untuk membeli keperluan menghasilkan 'faceshield' seperti span, tali getah, plastik A4 dan sebagainya. Sepanjang kami menjalankan projek di Surau Sri Aman, terdapat segelintir jiran-jiran yang menetap di Taman Sri Aman menyediakan makanan dan minuman kepada kami seperti sarapan pagi dan makan tengahari. Antaranya Encik Anuar yang tinggal berhadapan di surau ini. Kami akan menjalankan projek ini bermula 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Ini berikutan daripada SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Saya dan pasukan telah memulakan projek ini dari 25 Mac 2020 sehingga 14 April 2020. Kami telah berjaya menghasilkan 9,637 unit ‘faceshield’ sepanjang tempoh berkenaan. Kami telah mengagihkan ‘faceshield’ tersebut ke beberapa lokasi di daerah Pontian seperti Hospital Pontian, Kolej Vokasional Tanjung Piai dan lain-lain. Bukan itu sahaja, kami juga telah agihkannya di daerah Johor Bahru seperti Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan lain-lain. Ini antara lokasi-lokasi yang kami agihkan ‘faceshiled’.

     Akhir kata daripada saya, saya harap akan ada pihak lain yang dapat menghasilkan ‘faceshield’ bagi kegunaan para barisan hadapan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan saya di atas kesudian mereka dalam menjayakan projek ini. Dan tidak lupa kepada para penyumbang yang menyumbang sepanjang kami menjalankan projek ini dari awal hingga akhir. Saya berharap ‘faceshield’ yang kami hasilkan ini dapat memudahkan dan memberi manfaat kepada para barisan hadapan. Nasihat saya kepada masyarakat, diharap anda semua dapat mematuhi SOP kerana COVID-19 ini akan menjangkiti sesiapa sahaja tidak kira umur dan darjat.

               

 

 

Started Ended
Number of participants
18
Service hours
2268
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share