
Riang Ria bersama Anak-Anak Yatim Darul Akhyar
Selesai jua Program Bakti Pengakap Kelana bersama Anak-Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar di Batu Rakit, Terengganu. Program anjuran Pasukan Pengakap Kelana D Kuala Terengganu ini telah disertai oleh 50 peserta dan 25 orang pemimpin dan ahli kelana. Terima kasih buat Pasukan Pengakap Kelana A Marang, Pasukan Pengakap Kelana B Hulu Terengganu dan Pasukan Pengakap 88 Kuala Terengganu atas sokongan dan kerjasama yang diberikan semasa program berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan komunikasi dalam kumpulan, permainan imbangan bola tenis dan ceramah motivasi.