Riadah Pagi Bersama Bakal Kelana
Pada 23 Jun 2019 yang lalu, sekumpulan kecil bakal kelana telah mengadakan aktiviti Riadah Pagi Bersama Bakal Kelana yang bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 6 orang bakal kelana dan seorang kelana terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 1 petang.
Antara aktiviti serta pengisian yang berlangsung adalah seperti senaman pagi, bicara tentang apa itu kelana, kelebihan berkelana semasa diusia muda, pengenalan tentang anugerah remaja perdana, perancangan ekspedisi memanjat gunung dan apa itu vigil kelana.