
PROSES PENGENALAN DAN PENGUKURAN PAKAIAN LENGKAP PENGAKAP
Pada petang 5 April 2018, para pelajar PISMP TESL JUN 2017 seramai 158 orang telah terlibat dan berkumpul di gim untuk menyelesaikan proses pengenalan dan pengukuran pakaian pengakap rasmi. Acara pada petang tersebut turut disertai oleh pensyarah - pensyarah pengakap dan wakil syarikat pengedar pakaian pengakap.