
PROJEK KONGSI REZEKI
Saya mengambil inisiatif untuk menjalankan program ini apabila sedar ramai yang terkesan dengan Pandemic Covid-19. Akibat daripada pandemik ini, ramai antara mereka yang terkesan dari segi kewangan khususnya. Oleh itu, program ini diadakan bagi menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Daripada program ini, dapat melahirkan semangat kekitaan antara Pengakap dan juga masyarakat.
Projek ini dilakukan di sekitar negeri Terengganu. Projek ini dilaksanakan dengan mengumpul barang sumbangan dalam bentuk barangan dan juga wang. Wang yang diterima akan digunakan untuk membeli barangan keperluan untuk disumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan. Untuk pengagihan, kami menghubungi ketua kampung untuk mendapatkan maklumat penerima. Ketika pengagihan, kami turut dibantu oleh penduduk kampung untuk membawa kami ke rumah penerima sumbangan.
Projek ini memberikan kesan kepada pemberi dan penerima. Bagi pemberi, ianya dapat melahirkan sifat pemurah dalam diri mereka untuk memberikan sumbangan. Bagi penerima pula, ianya dapat mewujudkan rasa syukur dalam diri mereka apabila menerima sumbangan daripada orang ramai. Banyak keluarga yang menerima manfaat daripada program ini. Program ini akan dilaksanakan secara berterusan sekali gus membantu mereka yang memerlukan secara berterusan.
Program ini memberikan pengajaran kepada pihak penganjur dan juga orang ramai. Daripada menjalankan program ini, kita akam sedar betapa ramainya masyarakat yang terkesan pada hari ini akibat Pandemic Covid-19. Ada antara mereka yang kehilangan pekerjaan sehinggakan tidak ada sumber kewangan yang mencukupi untuk menyara keluarga. Oleh itu, projek ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka. Untuk menjadikan projek inj lebih baik, pengagihan barangan sumbangan akan diperluaskan ke seluruh negeri.