Projek Khidmat Masyarakat Masjid Al Husna, Bandar Tenggara

Projek Khidmat Masyarakat Masjid Al Husna, Bandar Tenggara

Program khidmat masyarakat dijalankan bagi memupuk semangat sukarela di kalangan ahli pengakap.Pada 11 Mei yang lalu, seramai 13 orang ahli pengakap 56 Kulai dan seorang pemimpin kumpulan telah menyertai gotong-royong perdana yang dijalankan di Masjid al-Husna Bandar Tenggara anjuran jawatankuasa masjid.Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersih ruang solat, membersih kawasan luaran masjid dan mengecat kawasan letak kereta.Pasukan pengakap 56 Kulai telah diberi tugasan untuk mengecat kawasan letak kereta masjid.Program bermula jam 8 pagi dan selesai pada pukul 12 tengahari. Antara impak program tersebut adalah: -dapat memupuk semangat sukarela dalam diri ahli -dapat memberi pengalaman dalam menjalankan tugasan luaran -menambah ilmu dan kemahiran baru -memupuk semangat kerjasama diantara ahli
Number of participants
15
Service hours
60
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share