Profile picture for user man_jihad24_1
Malaysia

Projek Faceshield; Bantuan untuk HTF, Perlis

Permulaan pandemik Covid19 yang menggemparkan menyebabkan para petugas di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar tidak mempunyai persediaan alatan PPE yang mencukupi. Kekurangan PPE menyebabkan proses rawatan pesakit Covid19 terganggu.

Dengan kekuatan anggota yang terhad kerana larangan merentas negeri dan daerah, kami sedaya-upaya cuba mengumpulkan tenaga yang ada. Setelah itu, AJK projek di bentuk. Sejak dimulakan pada 02 Januari 2021, projek ini berjaya menyiapkan sejumlah 2200 unit Face Shield hasil sumbangan dana daripada masyarakat tempatan yang berjumlah lebih RM2000.

Kesan daripada bantuan ini, tugas para kakitangan hospital berjalan dengan lancar tanpa perlu mereka fikirkan masalah kekurangan faceshild dan beberapa peralatan PPE lain seperti baju, seluar dan sarung kasut. Selain itu, secara tidak langsung hubungan Persekutuan Pengakap Negeri Perlis dengan pihak Hospital Tuanku Fauziah dapat dibina dan dieratkan.

Benarlah kata pujangga, tiada yang mustahil boleh dilakukan seandainya sikap tolong-menolong ada pada jiwa setiap manusia. Yang berat sama dijunjung, yang ringan sama dijinjing.

Started Ended
Number of participants
25
Service hours
10800
Beneficiaries
226117
Location
Malaysia
Topics
Healthy Planet
Health lifestyles
Humanitarian action
SDGS

Share via

Share