PROJEK AMAL "SCOUT TANDEK PRIHATIN"
Projek Amal “Scout Tandek Prihatin” ini dijalankan bagi membantu barisan hadapan negara dalam memerangi penularan Covid-19 di daerah ini dengan mendapatkan sumber dan mengagihkan barangan keperluan yang mendesak bagi memastikan kelangsungan khidmat cemerlang barisan hadapan kita terus diperkasa.
Projek amal ini dijalankan selama 10 hari bermula 29/10/2020 hingga 10/11/2020 melibatkan organisasi pengakap Daerah Tandek dari seawal Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap remaja, Pengakap kelana, Peminpin dan barisan Pesuruhjaya.
Sasaran kutipan dari syarikat dan orang perseorangan :
1. Face mask - 300 box
2. Mineral water - 300 box
3. Medical Gloves - 300 box
Sasaran frontliners untuk sumbangan :
1. Hospital Daerah Kota Marudu
2. Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu
3. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Marudu.