Project SWA (Shoes Rack for School) Part 3
Projek Shoes Rack for School bertujuan untuk menyelesaikan masalah kasut murid yang diletakkan secara berselerak di luar pusat sumber sekolah. Projek ini juga bermatlamat untuk memberi kemudahan untuk meletakkan kasut murid dengan lebih teratur di luar pusat sumber sekolah. Selain itu, projek ini adalah bertujuan untuk membolehkan warga sekolah peka terhadap isu pencemaran plastik lalu mengamalkan prinsip ‘kurangkan, guna semula dan kitar semula plastik’ dalam kehidupan harian.
Setelah siap kerja mengasah dan menyapu syelek, kami memasang braket L keluli karat untuk mencantumkan kayu papan dan papan kayu. Seterusnya, kami memaku paku untuk mengetatkan cantuman papan kayu dengan batang kayu. Selepas itu, kami memotong botol plastik dan mengecat dengan warna coklat lalu memasukkan kaki kayu rak kasut ke dalam botol. Kemudian, kami mengaduk simen dan pasir lalu dituang ke dalam botol plastik. Akhirnya, kami melekatkan botol plastik sebagai pengagihan ruang letak kasut.
Dengan adanya penyelenggaraan yang betul, rak kasut yang dihasilkan lebih kukuh dan dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Bukan itu sahaja, simen bercampuran dengan pasir yang diletakkan dalam botol plastik pada kaki rak kasut dapat menambah kekukuhan rak kasut. Sehubungan dengan ini, penggunaan campuran simen dengan pasir dapat melindungi kaki kayu dari kerosakan air dan berjaya meningkatkan daya tahan rak kasut.
Projek ini memberikan peluang kepada kami untuk mengasah kemahiran dalam menghasilkan rak kasut. Kami dapat mempelajari dan mempraktikan kemahiran mengukur dan menanda, mencantum kayu dan mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk rak kasut yang unik. Tambahan pula, kami mengetahui kerjasama dan kesepaduan antara ahli kumpulan merupakan kunci kejayaan dalam menjayakan projek. Ini kerana setiap keputusan harus dibincangkan secara bersama-sama untuk mencapai kata sepakat.