Malaysia

Project SWA (Shoes Rack for School) Part 2

Projek Shoes Rack for School dijalankan adalah untuk menyelesaikan masalah murid-murid meletakkan kasut di sekeliling pusat sumber sekolah. Keadaan ini bukan sahaja merosakkan kekemasan sekeliling pusat sumber sekolah, malahan menyusahkan guru dan murid untuk menyusun kasut di atas lantai dengan kemas. Projek ini dilaksanakan utnuk memberi kemudahan kepada murid bagi meletakkan kasut dengan lebih teratur di luar pusat sumber sekolah.

Selepas membeli bahan-bahan utama di kedai One Eight Hardware, kami memulakan kerja mengasah semua batang kayu dan papan kayu dengan menggunakan kertas pasir supaya permukaan kayu menjadi licin. Kemudian, kami mengelap permukaan kayu yang mempunyai habuk menggunakan kain kering. Seterusnya, kami menyapu syelek pada permukaan kayu sebanyak tiga lapisan. Setiap lapisan syelek yang disapu perlu dikeringkan sekurang-kurangnya enam jam terlebih dahulu barulah boleh menyapu lapisan seterusnya.

Rak kasut yang dihasilkan dalam projek ini selamat digunakan dan tahan lasak. Pemilihan papan kayu dan kaki kayu yang berkualiti dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang. Kerja mengasah permukaan kayu dapat mengelakkan murid daripada cedera ketika meletakkan kasut pada rak kasut. Selain itu, syelek mampu menonjolkan kecantikan tona papan kayu dan batang kayu tanpa perlu mengecatnya. Maka, penggunaan syelek pada bahan kayu dapat mengekalkan keindahan rak kasut.

Melalui proses di atas, kami telah mengetahui bahawa pemilihan bahan perlu mengambil kira aspek seperti kegunaan, saiz, dan reka bentuk yang sesuai. Bahan yang berkualiti penting untuk menghasilkan produk yang tahan lasak dan selamat digunakan. Aspek keselamatan pengguna juga perlu diambil kira dalam reka bentuk produk. Kami turut perlu bijak memilih kemasan kayu yang sesuai supaya dapat memberikan keindahan pada produk tanpa merosakkan kecantikan tona papan kayu dan batang kayu.

Started Ended
Number of participants
2
Service hours
60
Beneficiaries
292
Location
Malaysia
Topics
Interpersonal skills
Initiatives
Environment and Sustainability
Skills for Life

Share via

Share