Malaysia

Project SWA (Shoes Rack for School) Part 1

Isu pencemaran plastik semakin meningkat dalam kadar yang membimbangkan. Plastik yang digunakan sering dibuang ke tapak pelupusan sampah atau laut. Dengan ini, plastik yang terurai akan menjadi mikroplastik dan nanoplasktik dan tidak langsung akan mengundang bahaya kepada kehidupan laut dan kesihatan manusia yang memakan sumber makanan laut. Maka, projek Shoes Rack for Shoes dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang isu pencemaran plastik.

Kami mengumpul plastik dan botol plastik di stesen kitar semula yang ditubuhkan di kawasan kediaman atau kumpul daripada ahli keluarga. Apabila plastik dan botol plastik siap dikumpul, kami mencuci dan mengeringkan plastik dan botol plastik yang kotor. Selepas itu, kami mengunting plastik menjadi kepingan kecil lalu memampatkan plastic tersebut ke dalam botol plastik sehingga penuh. Kami telah menghasilkan sebanyak 72 botol plastik yang diisi penuh dengan plastik.

Bahan yang digunakan dalam projek amat mesra alam iaitu pembuatan ecobrick sebagai bahan pengagihan ruangan meletakkan kasut. Kaedah ini amat kreatif dan jimat kos. Penggunaan botol plastik yang merupakan bahan kalis air dapat bertahan lama. Keadah ini turut dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah kepentingan menjaga alam sekitar dan kelestarian sumber daya. Diharapkan bahawa langkah ‘kurangkan, guna semula dan kitar semula plastik’ dapat dipraktikkan dalam kalangan para guru dan murid.

Kesimpulannya. penggunaan botol plastik untuk membuat ecobrick dapat meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar dan seterusnya mendorong amalan yang baik untuk menjaga dunia. Para guru turut boleh menggalakkan pemikiran kreatif murid untuk menghasilkan projek-projek yang lebih inovatif dengan menggunakan bahan kitar semula.

Started Ended
Number of participants
2
Service hours
228
Beneficiaries
292
Location
Malaysia
Topics
Interpersonal skills
Initiatives
Environment and Sustainability
Skills for Life

Share via

Share