PROJECT SCOUT GO SOLAR

Pada 7 Mei 2021 sehingga 8 Mei 2021, Kami dari pihak Kami dari pihak Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UTHM telah mengadakan TAKLIMAT TEORI 'SCOUTS GO SOLAR' yang berlangsung selama 2 hari seramai 21 orang peserta. Program ini dijalankan bertujuan bagi memberikan pendedahan dan kemahiran kepada setiap ahli pengakap untuk menjalani kehidupan dengan menggunakan tenaga yang diperbaharui daripada sumber matahari iaitu tenaga solar. Ianya melibatkan tema 1, tema 2, tema 3 dan tema 4. 
Pada hari pertama, 7 Mei 2021. Slot taklimat teori mengenai Tema 1 dan Tema 2 telah berjalan dengan baik sekali. Tema 1 mengenai Matahari Adalah Sumber Kehidupan dan Tema 2 mengenai Impak Cahaya Matahari telah disampaikan oleh Puan Alnor binti Ahmad Nasir dan Encik Zahiran bin Hamzah yang merupakan  kumpulan latihan kelanasiswa Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah. Tema 1 mengenai penggunaan tenaga suria atau tenaga solar yang merupakan teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari yang boleh diaplikasi dalam pemanasan, generasi elektrik dan penyahmasinan air laut. selain itu, kami juga didedahkan contoh penggunaan tenaga solar seperti jam, kalkulator, power bank dan lampu solar. Selain itu, Tema 2 mengenai Impak cahaya matahari kepada kesihatan dan alam sekitar. Kami diberi pendedahan mengenai peranan lapisan ozon kepada kesan kemasukkan cahaya matahari. Fungsi lapisan ozon adalah untuk menapis sinaran ultra ungu (UV) berbahaya pada sinaran matahari dari sampai ke permukaan bumi. Kesan Ultra ungu (UV) menyebabkan kulit sekeliling mata mudah berkedut dan mendapat kanser kulit. Kami juga diberi penerangan mengenai langkah mengatasi kesan rumah hijau seperti hadkan aktiviti pembalakan dan  menggunakam petrol tanpa plumbum. 
Pada hari kedua, 8 Mei 2021. Slot taklimat teori mengenai Tema 3 dan Tema 4 telah berlangsung dengan jayanya. Tema 3 mengenai Kegunaan Tenaga Solar dan Tema 4 menegani Go Solar telah disampaikan oleh Puan Hasnina Binti Abd Rahman dan Prof. Madya Ts Dr Hj Mustaffa Bin Hj Ibrahim yang merupakan kumpulan latihan kelanasiswa Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tema 3 mengenai kegunaan tenaga solar yang dikategorikan kepada dua jenis iaitu Solar Thermal dan Solar Photovoltaic (PV). Solar Thermal ini melibatkan pemanasan air dan juga memasak manakala Solar Photovoltaic (PV) digunakan untuk mendapatkan tenaga elektrik. Kegunaan Tenaga solar juga boleh digunakan untuk mengeringkan makanan seperti buah buahan, kerepek, daging dan ikan bilis di tawau. Seterusnya, Tema 4 mengenai Go Solar memberikan kami idea untuk di aplikasikan dalam project Scout Go solar dan juga di aplikasikan didalam komuniti dan memberikan kami semangat untuk menjalankan dan menjayakan program Scout go solar didalam kumpulan untuk memberi kebaikan kepada komuniti diluar sana. Kami juga diberi kesedaran mengenai pentingya penggunaan tenaga solar didalam kehidupan kita dan memastikan program yang dijalankan mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas. Selain itu,keselamatan merupakan element penting  untuk menjayakan program go solar seperti penggunakan cermin mata, topi bagi mengelakkan 'Sunburn'. 
Oleh itu, Taklimat ringkas ini memberikan kami pendedahan yang berguna dan memberikan kami ilmu pengetahuan yang baru untuk kami aplikasikan dalam kehidupan seharian dan juga kegunaan untuk masa hadapan dan orang sekeliling. 
#sgsklkm #klkmuthm

Started Ended
Number of participants
1
Service hours
12
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share