Program Transformasi Kg Sbrg Ramai, Kuala Perlis
Kampung Seberang Ramai merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Perlis kebanyakkan dihuni oleh keluarga para nelayan. Persekitaran yang agak kotor dan suram memberikan implikasi yang kurang baik kepada para nelayan yang menjadi penghuni di situ.
Majlis Agama Islam negeri Perlis dengan NGO yang aktif di negeri Perlis termasuk Pengakap telah bekerjasama dalam menceriakan kampung ini.
Aktiviti mengecat dan membersihkan persekitaran rumah penduduk berjaya digerakkan dengan kerjasama penduduk Kampung Seberang Ramai.
Hasilnya, kampung ini telah menjadi sebuah kampung yang berwarna-warni dan mula menjadikan tarikan para pelancong.