
PROGRAM SEMURNI KASIH RAMADAN BERSAMA ABIM KOTA TINGGI I
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak ABIM Kota Tinggi bagi mengagihkan sumbangan penduduk setempat kepada golongan yang memerlukan di sekitar daerah Kota Tinggi. Program ini merupakan satu program kemasyarakatan di mana Pihak ABIM dan Pengakap 20 dapat mendekati masyarakat dengan lebih erat dan membantu mereka dari segi keperluan harian terutama di musim bulan Ramadan menjelang Syawal. Perkara yang penting yang mahu kami sampaikan ialah kegembiraan harus dirasai bersama.