Program Pengembaraan KLKM PSA ke Padang Besar, Perlis Darul Sunnah
Profile picture for user Mazrul Hisyam_1
Malaysia

Program Pengembaraan KLKM PSA ke Padang Besar, Perlis Darul Sunnah

Ringkasan Aktiviti: Seramai 9 orang barisan Pemimpin KLKM PSA 13 serta 9 orang krew telah berjaya melaksanakan program pengembaraan dari Shah Alam ke Padang Besar pada 4 - 6 November 2016, bagi melengkapkan skim Lencana Pengembaraan Kelana. Perjalanan bermula dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kami melakukan aktiviti pengembaraan ini dengan menaiki tren ETS di KL Sentral. Perjalanan bermula seawal jam 7 pagi dan bertolak dari KL Sentral pada jam 9.30 pagi. Perjalanan ke Padang Besar mengambil masa selama 5 jam. Selamat tiba di Arau, pada jam 2 petang. Kami menginap di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Pada 5 November 2016, Sabtu, kami memulakan pengembaraan di bumi Perlis. Tempat pertama dilawat adalah Taman Herba Perlis, seterusnya ke Gua Kelam dan destinasi akhir, Padang Besar. Tugasan diberikan kepada krew seperti mendapatkan maklumat pengoperasian Kastam Malaysia, Imigresen Malaysia, serta kawalan keselamatan Polis Diraja Malaysia & tidak lupa juga berkenaan aktiviti perniagaan komersial di sana. 6 November 2016, kami bergerak pulang ke Shah Alam dengan menaiki tren ETS dari stesen Arau & kami tiba di Shah Alam pada petang hari.
Started Ended
Number of participants
18
Service hours
162
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share