Program Motivasi Menggapai Impian

Program Motivasi Menggapai Impian

Pada 3 hingga 4 Mac 2016 yang lalu, seramai 29 ahli pengakap KLM 21 telah terlibat dengan Program Kem Motivasi "Menggapai Impian" di SK Sungai Tok Pawang. Program ini merupakan Kem Motivasi siri 1 bagi sekolah ini. Dalam Program ini, seramai 220 orang murid dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil telah mengikuti program motivasi ini. Dalam kem ini, kami telah berkhidmat sebagai Fasilitator. Sesungguhnya, pengalaman ini amat bermakna sebagai seorang ahli Pengakap. Hal ini adalah kerana, saya bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran kepemimpinan, malah saya juga dapat membina keyakinan diri sebagai seorang Pemimpin Pengakap pada masa akan datang. Semoga segala input yang saya peroleh dalam program ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Started Ended
Number of participants
250
Service hours
16
Topics
Youth Programme
Personal safety

Share via

Share