PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) PENGAKAP SMKSP
Laporan Program
Pada 31 Januari 2018 (Rabu) yang lalu Unit beruniform Persatuan Pengakap, SMK Seri Pinang telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat untuk ahli-ahli Pengakap Muda & Remaja SMKSP. Seramai 8 orang ahli Pengakap dan 2 orang guru Pemimpin telah turut serta dalam program ini. Ahli-ahli pengakap telah menyertai program khidmat ini bagi bagi mendapatkan Lencana Ahli Komuniti manakala bagi ahli-ahli Pengakap Remaja pula mereka perlu hadir untuk melengkapkan Lencana Perkhidmatan. Program ini telah berlangsung selama 8 jam bermula dari jam 0800 pagi sehingga jam 0500 petang. Program ini telah dijalankan di rumah Puan Rozila Khamis di Jalan Laksamana 5, Bandar Tenggara. Guru-guru pemimpin yang terlibat adalah En. Muhammad Nizam, En. Md Farid Shafari, Pn. Rosilah bt A Rahim & Pn. Norinah bt Ahmad Damuri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersih rumah, mengecat dinding dan membuang serta melupuskan perabot yang telah rosak.
Impak Program
- ahli pengakap dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
- ahli pengakap dapat memenuhi kriteria yang diperlukan dalam skim latihan pengakap muda
- ahli pengakap dapat meningkatkan sifat tolong-menolong
- pemimpin pengakap turut dapat menambah ilmu kepengakapan