Program Kayuhan Amal Jom Bantu Rakyat Sempena Sambutan 90 Tahun Pengakap Negeri Kelantan

Program Kayuhan Amal Jom Bantu Rakyat Sempena Sambutan 90 Tahun Pengakap Negeri Kelantan

Program Kayuhan Amal Jom Bantu Rakyat Sempena Sambutan 90 Tahun Pengakap Negeri Kelantan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaacob, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Program ini melibatkan sekolah rendah dan menegah di Daerah Pasir Mas serta orang awam yang melibatkan lebih 600 orang yang hadir. Program ini dianjurkan bersama oleh Majlis Pengakap Negeri Kelantan, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Mas dan Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan. Program ini bermula dengan Kayuhan sejauh 3 km bermula daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) @ SMKSIS dan berakhir di Tanah Perkuburan Lemal, Pasir Mas Kelantan. Semasa di Tanah Perkuburan, peserta bergotong royong membersihkan Kawasan Perkuburan dan mengecat Kepok Kubur dan Batu Nisan. Terima kasih kepada peserta-peserta yang menjayakan program ini.
Number of participants
600
Service hours
4
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share