PROGRAM JEJAK CEMERLANG PENGAKAP 2016

PROGRAM JEJAK CEMERLANG PENGAKAP 2016

Program Jejak Cemerlang yang dirancang akhirnya terlaksana juga dengan kerjasama Pengakap Daerah Merlimau dan Asrama Desa SMK Sg. Rambai. Seramai 50 orang puteri sekolah itu yang menjadi penghuni asrama tersebut telah berjaya menjadi peserta sehingga akhir sesi. Program yang bertemakan "Maths is Fun and English is Easy" telah dapat menarik minat para peserta yang pada mulanya semasa "ice breaking" masih malu-malu. Buat pertama kalinya Pengakap Ke-66 daerah Kota berjaya melaksanakan tugasan sebagai fasilitator dengan menghantar 12 Pengakap Muda yang ternyata berbakat sebagai fasilitator muda. Mereka yang muda belia ini menjadi contoh sebagai duta kecil SMK IJC untuk berkongsi ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Semoga mereka cemerlang sebagai calon PT3 dan cemerlang sebagai Pengakap yang sememangnya menjadikan ilmu sebagai wahana untuk kejayaan masa depan.
Number of participants
12
Service hours
5
Topics
Youth Programme
SDGS

Share via

Share