Program bubur lambuk daerah kinta 2019
Pada 18 Mei 2019 yg lepas, telah berlangsung program bubur lambuk anjuran pengakap kelana daerah kinta bertempat di sekolah Izzudin Shah Ipoh. Seramai 70 orang peserta terlibat dalam aktiviti mengacau bubur lambuk yg terdiri daripada ahli pengakap sekolah, pengakap kelana dan pemimpin pengakap.
Aktiviti penyediaan bubur lambuk bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 4 petang. Sebanyak 920 bekas bubur lambuk telah dihasilkan. Bubur lambuk yg siap disusun telah dibawa ke bazar ramadhan untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.