
Program Berbuka Puasa Bersama Persatuan Kereta Antik Kuantan dan Pengakap Daerah Kuantan
Pengakap Daerah Kuantan dan Persatuan Kereta Antik Kuantan tidak ketinggalan meraikan kanak kanak Rumah Ihsan Kuantan sempena Ramadan Al-Mubarak tahun ini. Program berbuka puasa ini dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti kebajikan yang dibuat setiap menjelang ramadan. Dengan program ini diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada anak anak dirumah kebajikan ini. Program ini bermula jam 4.00 petang dan tamat setelah selesai solat taraweh. Terdapat antara 35 buah kereta antik dipamerkan di Pantai Batu Hitam sebelum bergerak ke perkarangan rumah kebajikan tersebut.